NOTA TINGKATAN 5

 

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

 

7. ADAB BERNIAGA

 

1.       Konsep Berniaga

·         Berniaga adalah salah satu bentuk muarnalat yang disyariatkan oleh Islam.

·         Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli.

·         Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu.

·         Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.

 

2.       Aktiviti Perniagaan Menurut Islam

·         Jual beli (Al-Bai)

·         Sewa (Al-Ijarah)

·         Saham (Al-Mndharabah)

·         Gadaian (Ar-Rahn)

·         Syarikat (As-Syarikat)

·         Insurans (Takaful)

·         Hutang (Al-Qaradh)

 

3.       Galakan Berniaga

·         Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.

·         Rasulullah S.A.W. pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti Khuwailid r.a. ke negeri Syam.

·         Terdapat juga di kalangan sahabat terlibat dengan aktiviti perniagaan yang besar di Makkah dan Madinah seperti Abdul Rahman bin Auf.

·         Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan dan perhubungan yang baik sesama manusia. Firman Allah S.W.T.: (Surah AI-Baqarah: Ayat 275) Maksudnya: Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.

 

4.       Adab-Adab Berniaga

·         Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga. Adab ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan penipuan dalam perniagaan.

·         Antara adab-adab dalam berniaga ialah:

§          Amanah:

-        Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.

-        Contohnya peniaga tidak sepatutnya mencampur buah-buahan yang lama dengan yang baru dan menjualnya dengan harga yang sama nilai. Manakala pembeli haruslah bersikap jujur sekiranya penjual tersilap memulangkan wang.

§          Ihsan:

-        Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.

§       Bekerjasama:

-        Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.

§       Tekun:

-        Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.

§       Menjauhi perkara yang haram:

-        Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.

§       Melindungi penjual dan pembeli:

-        Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.

 

5.       Faedah Beradab Dalam Berniaga

·         Mengamalkan adab dalam aktiviti perniagaan banyak mendatangkan faedah dan keuntungan kepada individu terlibat dan juga masyarakat.

·         Antara faedah yang diperoleh sekiranya kita mengamalkan adab dalam aktiviti perniagaan ialah:

§       akan lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera;

§       tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual dan pembeli;

§       mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.;

§       mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan.

 

 

 

 

 

 

6.       Rumusan

·         Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana sembilan persepuluh hasil pendapatan adalah datangnya daripada aktiviti perniagaan

·         Kita hendaklah mematuhi adab-adab ketika menjalankan aktiviti perniagaan supaya perniagaan itu berjalan dengan baik.

·         Menjalankan perniagaan dengan mematuhi adab-adab Islam membawa kepada keuntungan yang besar di dunia dan di akhirat.

·         Beradab dalam berjual beli akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

·         Kita hendaklah menjauhi unsur-unsur penipuan ketika menjalankan urusan perniagaan supaya diberkati oleh Allah S.W.T..