NOTA TINGKATAN 5

 

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

 

4. ADAB BERJIHAD

 

1.       Maksud jihad

         Dari segi bahasa; usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada

         Dari segi istilah; usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredhaan allah

         Jihad yang paling utama ialah perjuangan menegakkan agama Allah dengan mengorbankan nyawa dan jiwa

         Jihad lain;

-          Berjihad meningkatkan prestasi pendidikan

-          Membangunkan negara

-          Menggiatkan aktiviti ekonomi dll

 

2.       Kelebihan orang yang berjihad dijalan Allah

         Pahala dan darjat disisi Allah

 

3.       Peringkat-peringkat jihad

         Berjihad membaiki diri

                                                   i.      Mempelajari islam

                                                 ii.      Mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian

                                                iii.      Menyebarkan ilmu

                                                iv.      Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan islam

         Berjihad melawan syaitan

                                                   i.      Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yang ada dalam diri

                                                 ii.      Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan perkara-perkara maksiat

         Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik

                                                   i.      Boleh dilakukan dengan hati, lidah dan nyawa

         Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

 

 

 

 

 

 

4.       Adab-adab berjihad

         Niat yang ikhlas dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah

         Sanggup berkorban apa sahaja untuk perjuangan menegakkan agama islam

         Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan dengan memberi komitmen yang tinggi

         Mematuhi arahan dan mempunyai semangat berpasukan

 

5.       Cara melahirkan semangat jihad

         Memahami tuntutan jihad yang sebenar

         Menerapkan semangat jihad dikalangan pemuda dan pemudi

         Mengetahui kelebihan jihad melalui kisah-kisah perjuangan para sahabat

         Sentiasa mengamalkan ibadat sunat seperti qiamulllail dan membaca al-quran