NOTA TINGKATAN 5

 

TAMADUN ISLAM

 

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 

3. PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

 

1.       Penguasaan umat islam dalam bidang sains dan teknologi

         Wujudnya bidang ini berikutan dari kemunculan para cendikiawan dan saintis muslim yang terkemuka

         Kota-kota yang menjadi pusat keilmuan seperti Andalus dan kota Sicily di Itali berada dalam kekuasaan umat Islam pada ketika itu

         Umat Islam berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi daripada tangan orang rom, parsi dan yunani

 

2.       Faktor perkembangan sains dan teknologi pada zaman abbasiyah

         Aktiviti penterjemahan

-          Aktiviti ini lebih giat dijalankan pada zaman abbasiyah berbanding pada zaman umaiyah

-          Aktiiti ini dibawah pengawasan khalifah al-makmun dijalankan dengan lebih terancang

-          Wujud baitul hikmah yang telah dijadikan pusat penterjemahan negara pada ketika itu

-          Pelbagai jenis karya telah diterjemahkan seperti karya-karya falsah, astronomi, kimia, fizik, biologi dan perubatan dari bahasa yunani, parsi dan hindi ke bahasa arab

         Galakan daripada para khalifah. Para khalifah telah mengadakan pelbagai program :

-          Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia pada setiap musim haji

-          Menyediakan peruntukan yang banyak dalam penyelidikan sains dan teknologi.

-          Membina pusat penyeledikan sains seperti balai cerap yang dilengkapi dengan peralatan khusus untuk membantu penyelidikan dalam bidang astronomi

         Golbalisasi ilmu

-          Aktiviti perdagangan yang meluas serta pembukaan tempat-tempat strategik seperti Sicily dan Andalus telah membuka peluang kepada umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan

 

 

 

 

 

 

3.       Kesan penemuan sains dan teknologi pada zaman abbasiyah

         Memajukan taraf hidup berbanding umat lain yang telah lama menguasai ilmu sains dan teknologi

         Umat islam kini berasa bangga dengan pencapaian umat islam dahulu

         Islam disegani oleh penganut agama lain kerana kemampuan umatnya serta saranan agama islam yang menggalakkan umatnya menuntut perlbagai ilmu berteraskan kepada syariat yang terdapat dalam al-quran dan hadis