NOTA TINGKATAN 5

 

TAMADUN ISLAM

 

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 

2. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

 

1.       Menerangkan perkembangan pendidikan pada zaman abbasiyah

a.       Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih pesat berbanding di zaman bani umaiyah, disebabkan di zaman bani umaiyah banyak pemberontakan dari puak syiah khususnya yang perlu ditangani

b.       Berbanding negara islam di zaman abbasiyah yang sudah kukuh dan telah menguasai dua pertiga dunia. Untuk itu perhatian diberikan kepada pendidikan dan ekonomi.

 

2.       Menyenaraikan faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman abbasiyah

a.       Kretiviti para ulamak

b.       Usaha dan galakan para khalifah

c.       Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu

d.       Kestabilan polotik dan kewangan kerajaan abbasaiyah

e.       Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan

f.         Kewujudan prasarana pendidikan yang baik

g.       Islan menggalakkan umatnya sepaya mengkaji alam sekitar

h.       Hubungan diplomatik antara kerajaan abbasiyah dengan negara luar

i.         Kedudukan baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa

 

3.       Menjelaskan institusi pendidikan pada zaman abbasiyah

a.       Masjid

         masjid memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan

         masjid dipenuhi dengan halqah ilmu pengetahuan

b.       Istana khalifah

         khalifah telah menjadikan istana sebagai tempat untuk para ulamak bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan

c.       Perpustakaan

         Perpustakaan yang terulung ketika itu ialah baitul hikmah di baghdad yang dibina oleh khalifah harun ar-rasyid

         Terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya terjemahan dariapda bahasa parsi, yunani, cina dan india

         Khalifah al-makmun mengambil inisiatif membawa masik khazanah karya-karya yunani yang diambil dari pulau cyprus dan istambul

         Peranan baitul hikmah ketika itu ialah sebagai;

o        Pusat pertemuan para sarjana

o        Pusat penterjemahan

o        Pusat sumber

o        Pusat penyelidikan ilmiah

o        Pusat latihan para ilmuan

         Terdapat juga perpustakaan lain yang terkenal di kaherah iaitu darul hikmah

d.       Pusat pengajian

         Banyak pusat pengajian dibina oleh khalifah, menteri dan orang kaya diatas tanah milik kerajaan, wakaf dan persendirian

         Pusat pengajian yang terkenal ialah al-madrasah an-nizamiyah

         Sumber kewangan kebanyakan pusat penagjian ketika itu diambil daripada hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan negara

 

 

4.       Menganalisis bidang-bidang ilmu yang diterokai pada zaman abbasiyah

a.       Ilmu berteraskan wahyu

i.         Ilmu tafsir

       Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun

       Mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad al-farra' dan diperbaharui oleh at-tabari

ii.       Ilmu hadis

       Zaman abbasiyah adalah zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis

       Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari, muslim, abu daud, at-tirmizi, an-nasai dan ibnu majah

iii.      Ilmu fekah

       Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulamak muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhab fikah seperti imam abu hanifah, imam malik, imam malik, imam syafi'e dan imam ahmad bin hanbal

iv.      Ilmu tauhid

       Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk terhadap akidah umat islam

       Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah yunani sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah

       Muncul ulamak-ulamak terkenal seperti abu hasan al-a'sya'ri yang berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada pengaruh falsafah yunani yang menyesatkan

 

b.      Ilmu berteraskan akal

i.         ilmu matematik

       muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry, algebra, geometry dan logarithm

       di zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab

       diperkenalkan juga bilangan kosong ( 0 ) dalam sistem angka

       tokoh terkenal ialah al-khawarizmi. Beliau merantau ke india untuk mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku "integration and equations". Mahir juga dalam ilmu falak dan geografi

ii.       ilmu falak

       penemuan baru di zaman ini;

a.       mengukur jarak antara bumi dengan matahari

b.       membuat jadual pergerekan bulan dan bintang

c.       menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim

d.       mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai astrolabe

       tokoh terkenal ialah al-butani

iii.      ilmu kimia

       umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia yang penting dan mengasskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji

       penemuan;

a.       penemuan asid galian seperti asid nitrik, asid sulfurik, dan asid hidroklorik

b.       teori penghasilan petroleum

c.       teori penghasilan alkohol

d.       membaiki proses pembuatan kaca

iv.      ilmu fizik

       fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang dikuasai oleh umat islam di zaman ini

       pencapaian ilmu fizik di zaman ini;

a.       mencipta pergerakan jirim, daya graviti, dan pantulan cahaya

b.       menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan

c.       menyukat kelajuan bunyi dan cahaya

d.       mencipta cermin mata

v.       geografi

       penemuan baru

a.       memberi ukuran yan tepat tentang keluasan permukaan bumi

b.       menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob

vi.      ilmu perubatan

       hubungan orang arab dengan orang rom dan farsi telah memberi peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu perubatan

       pencapaian ilmu perubatan di zaman ini

a.       menjelaskan kesan kuman dalam penyakit

b.       menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB

c.       menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa

d.       mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik

e.       mencipta picagari, ubat bius dan benag yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

 

5.       Merumus kepentingan ilmu serta kesannya dalam membina tamadun