NOTA TINGKATAN 5

 

TAMADUN ISLAM

 

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

 

4. PERKEMBANGAN EKONOMI

 

1.       Pentadbiran ekonomi di zaman abbasiyah berpusat di Baghdad, kerana :

i.         Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat

ii.       Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai " suq baghdad " yang menjadi tumpuan para pedagang parsi

iii.      Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai " suq al-baqar "

 

2.       Sektor utama ekonomi kerajaan abbasiyah

i.         Pertanian.

         Beberapa langkah yang diambil untuk memajukan sektor ini :

a.       Melebarkan sungai dan terusan

b.       Membuat empangan

c.       Membuka tanah pertanian baru

d.       Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian

         Wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian :

a.       Mesir

b.       Syam

c.       Iraq

d.       Yaman

e.       Maghribi

f.         Khurasan

g.       Andalus

         Jenis-jenis hasil pertanian :

a.       Bijirin                      : gandum, barli, beras

b.       Buah-buahan           : anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dll

c.       Sayur-sayuran         : timun, kobis, kunyit, kacang tanah, ubi, tebu

d.       Ternakan                 : lambu, kambing, ayam, itik, lebah dll

ii.       Perindusrtian.

JENIS PERINDUSTRIAN

PENGELUAR

Tenunan, hamparan & permaidani

Baghdad, Syiraz & Asfahan

Pinggan mangkuk

Mesir & Syam

Barangan kaca, tembikar, mozek

Baghdad, Mesir & Syam

Barangan kulit & senjata

Mesir, Andalus & Maghribi

Perhiasan & batu permata

Yaman, Khurasan, Bahrain & Lubnan

Kertas

Iraq, Mesir, Maghribi & Andalus

 

iii.      Perdagangan

         Sebab kepesatan sektor ini :

a.       Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan

b.       Perkembangan industri perkapalan yang memudahkan pergerakan para pedagang

c.       Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan seta galakan terhadapnya

d.       Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah

e.       Adanya langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan abbasiyah untuk menggiatkan aktiviti perdagangan, seperti :

-          Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi dijalan-jalan utama

-          Membina rumah api untuk panduan kapal perdagangan

-          Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan lanun

         Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahli perniagaan ketika itu seperti : baghdad, Basrah, Antakia, Oman, Adan, Kaherah dan iskandariah

         Wujud laluan sutera yang menjadi laluan para pedagang arab ke China

         Para pedangang Islam ketika itu dimudahkan dengan sistem kewangan seperti travellers cheque / as-saftajah

3.       Sumber kewangan kerajaan abbasiyah

i.         Zakat :

         Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang islam terhadap harta-harta tertentu dengan syarat-syarat tertentu dan kadar nisab yang tertentu.

ii.       Kharaj :

         Cukai tanah milik orang bukan islam

iii.      Ghanimah :

         Harta rampasan perang. 80 % dibahagikan kepada pejuang Islam & 20% menurut cara yang ditetapkan dalam al-Quran

iv.      Fai'e :

         Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah

v.       Jizyah :

         Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan islam yang mendiami negara islam

vi.      Usyur ( 1/10 ):

         Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan islam yang singgah dipelabuhan-pelabuhan negara islam untuk tujuan perniagaan

 

4.       Peranan baitul mal pada zaman abbasiyah

         Pengenalan :

-          Merupakan institusi kewangan terbesar negara

-          Diketuai oleh Sohib Baitul Mal, bertugas mengurus pendapatan dan perbelanjaan negara

         Peranan yang dimainkan :

a.       Mengurus sumber-sumber pendapatan negara

-          Dijalankan menerusi jabatan hasil ( diwan al-kharaj ) yang mengurus kutipan cukai seperti kaharaj, jizyah, usyur, dan zakat

b.       Mengawal belanjawan negara

-          Dijalankan melalui jabatan kewangan ( diwan an-nafaqah ) yang mengurus pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan kerajaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.       Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat

i.         Umat islam ketika itu dapat menikmati taraf kehidupan yang tinggi

ii.       Banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti tali air, jalan, masjid, sekolah dll

iii.      Banyak peluang pekerjaan yang dapat disediakan untuk rakyat pada ketika itu