|
WATAK DAN PERWATAKAN
-
Watak utama dalam novel ini ialah Hadi
-
Watak sampingannya termasuklah Cikgu Murad, Pak Salleh, Pak Musa, dan Mak
Jamilah.
HADI
-
Anak tunggal kepada pasangan Pak Salleh dan Mak Jamilah.
-
Belajar di tingkatan 5 dan akan mengambil peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi.
-
Suka duduk melamun atau berkhayal. Buktinya, ketika dia duduk di bangku
berhampiran dengan tangga, dia berkhayal tentang pengalamannya menyertai
ekspedisi ke Gunung Itik.
-
Mudah berubah fikiran. Contohnya, pada mulanya Hadi mengatakan bahawa dia tidak
dapat menyertai ekspedisi kerana dilarang oleh ayahnya. Namun begitu, apabila
mendengar pengalaman Cikgu Murad berekspedisi, dia membuat keputusan untuk
menyertai ekspedisi itu.
-
Dia juga berani. Hal ini terbukti apabila Hadi sanggup meredah hutan dan
terdedah kepada bahaya apabila menyertai ekspedisi.
-
Hadi juga ringan tulang. Contohnya apabila Mak Jamilah menyuruh Hadi membasuh
cawan yang kotor, tanpa banyak dalih, Hadi mencuci cawan itu. Malahan dia juga
menyapu lantai.
-
Hadi mudah meminta maaf. Buktinya, apabila dia ditegur oleh Pak Musa kerana
bercakap celupar di dalam hutan, Hadi segera meminta maaf.
CIKGU MURAD
-
Bertugas sebagai pendidik di sekolah tempat Hadi belajar. Berkelulusan
Universiti Utara Malaysia.
-
Memiliki wajah yang hampir sama dengan wajah seorang perompak emas.
-
Merupakan guru yang sentiasa rajin menjalankan tugasnya.
-
Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Banyak menabur jasa kepada
masyarakat.
-
Amat menggemari aktiviti lasak. Buktinya, beliau suka mendaki gunung. Beliau
mengajak pelajarnya mendaki Gunung Itik.
-
Beliau juga seorang yang pemaaf. Hal ini terbukti apabila dia memaafkan Pak
Salleh yang telah menuduhnya sebagai perompak kerana Pak Salleh pernah
terserempak dengan perompak yang memiliki wajah seperti Cikgu Murad.
-
Cikgu Murad seorang yang tabah. Beliau tetap tabah menghadapi tuduhan bahawa
dirinya penjenayah sehingga ditahan di lokap polis.
[Menu
Utama]
|