|
SINOPSIS UMUM Novel EKSPEDISI mengisahkan pengalaman menarik dan mendebarkan yang dialami oleh anggota ekspedisi yang diketuai oleh Cikgu Murad. Antara yang turut terlibat dalam ekspedisi tersebut termasuklah Hadi, Pak Musa, Zarul, Salim, Nazri, Send Nam, Surindran, Ban Lee dan Shanta.
Dalam ekspedisi itu, mereka menempuh pelbagai halangan seperti menuruni lurah, mendaki bukit, dan meredah hutan. Mereka juga menemui pelbagai benda yang menarik seperti tasik yang indah dan padang yang luas. Dalam perjalanan tersebut, Hadi termimpikan ayahnya. Ayahnya amat marah dia menyertai ekspedisi tersebut.
Anggota ekspedisi akhirnya sampai di puncak Gunung Itik. Dari puncak gunung
tersebut mereka ternampak sebuah pondok. Sedang mereka mengintai ke dalam pondok
tersebut, beberapa orang lelaki datang ke pondok tersebut. Bagaimanapun, anggota
ekspedisi sempat menyelamatkan diri mereka. Hadi pula hampir-hampir terperangkap
oleh seorang lelaki daripada anggota sindiket tersebut Penduduk Kampung Dataran gempar apabila Cikgu Murad ditangkap oleh polis. Dalam perbualan antara Pak Salleh dengan Hadi, Pak Salleh memberitahu Hadi mengenai aktiviti cikgu Murad. Cikgu Murad sebenarnya seorang penjenayah yang terlibat dengan sindiket mencuri jongkong emas dan tempat persembunyian kumpulan penjenayah tersebut ialah di puncak Gunung Itik. Pak Salleh juga membongkar rahsia kekayaannya kepada Hadi dan Mak Jamilah. Kekayaannya dihadiahkan oleh Tauke Eddie Jar kerana dia telah membantu menyelamatkan jongkong emas milik tauke itu yang dicuri oleh satu sindiket. Hadi tidak mempercayai kata-kata Pak Salleh. Pak Salleh pun menceritakan pengalaman terbarunya ketika berburu. Dia nampak Cikgu Murad mengetuai kumpulan tersebut di puncak Gunung Itik. Bagaimanapun, Hadi tidak mempercayainya kerana ketika kejadian yang diceritakan oleh ayahnya, Cikgu Murad ada bersama-sama mereka dalam ekspedisi tersebut.
Pak Salleh insaf akan kesalahannya menuduh Cikgu Murad terlibat dalam kumpulan haram itu. Pak Salleh meminta maaf daripada Cikgu Murad. Bagaimanapun, Pak Salleh berpuas hati kerana punca kekayaanya selama ini diyakini oleh orang ramai. [Soalan Pengukuhan] [Menu Utama]
|