PLOT

  1. Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan watak utama, Hadi yang tidak dibenarkan menyertai ekspedisi oleh ayahnya, Pak Salleh.

  2. Dalam bahagian perkembangan, digambarkan beberapa konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerita ini. Umpamanya, konflik Hadi dan ayahnya, Pak Salleh. Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi. Di bahagian ini juga digambarkan konflik antara Pak Salleh dengan Cikgu Murad. Pak Salleh membenci Cikgu Murad dan selalu mendakwa Cikgu Murad sebagai penjenayah. Konflik itu semakin menjadi rumit apabila Pak Salleh membuat laporan polis dan Cikgu Murad ditahan polis.

  3. Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, segala konflik yang wujud menemukan penyelesaian. Pihak polis mendapati Cikgu Murad tidak bersalah apabila penjenayah sebenar yang mempunyai wajah seperti Cikgu Murad ditangkap.

  4. Pada bahagian peleraian, Pak Salleh yang terkeliru dengan dua orang berwajah sama telah meminta maaf kepada Cikgu Murad. Cikgu Murad memaafkan Pak Salleh. Rumah Pak Salleh dikunjungi orang kampung apabila kisah Pak Salleh membantu pihak polis menangkap penjenayah disiarkan di akhbar.

[Menu Utama]