Persoalan

  1. Semangat kerjasama tanpa mengira kaum akan melahirkan hubungan yang erat dan harmoni. Walaupun anggota ekspedisi terdiri daripada remaja pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina, namun mereka tetap bekerjasama melaksanakan semua tugasan agar ekspedisi itu lancar.

  2. Tindakan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kesusahan. Pak Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah apabila dia melihat seorang lelaki yang wajahnya mirip Cikgu Murad di dalam hutan. Akibatnya, beberapa orang kampung yang terpengaruh oleh kata-kata Pak Salleh turut menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah. Keadaan lebih buruk apabila Cikgu Murad ditahan oleh polis. Namun akhirnya, Cikgu Murad telah dibebaskan kerana dia tidak bersalah.

  3. Semangat cinta akan keamanan dan benci akan kejahatan. Pak Salleh segera melaporkan peristiwa dia ternampak akan jongkong emas di sebuah pondok di dalam hutan kepada polis. Pasukan polis yang bertindak berdasarkan maklumat itu dapat menemukan semua jongkong emas kepunyaan Eddie Jar yang dirompak dari gudangnya di lapangan terbang semula.

  4. Kebesaran kuasa Ilahi yang mencipta alam semesta. Semua anggota ekspedisi yang mempercayai kewujudan Allah S.W.T mengakui keagungan Allah mencipta alam yang indah ini apabila mereka sampai di puncak gunung. Hal ini demikian kerana dari puncak gunung mereka dapat melihat pemandangan alam semula jadi yang sungguh indah.

  5. Ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan suruhannya setiap masa. Para anggota ekspedisi yang beragama Islam tetap melakukan solat walaupun mereka berada di dalam hutan.

[Menu Utama]