-
Kasih Sayang : Pak Salleh dan Mak Jamilah sayang
akan anak tunggal mereka, Hadi. Oleh itu, mereka berusaha memberikan sepenuh
kasih sayang dan memenuhi kehendak Hadi.
-
Sabar : Cikgu Murad senantiasa bersabar walaupun dia difitnah atau dituduh
sebagai penjenayah oleh Pak Salleh.
-
Kerjasama : Semua anggota ekspedisi senantiasa bekerjasama dalam
perjalanan ke puncak Gunung Itik.
-
Berani : Hadi dan rakan-rakannya berani kerana sanggup berhadapan dengan
pelbagai bahaya ketika menyertai ekspedisi.
-
Dedikasi : Cikgu Murad merupakan guru yang bekerja dengan penuh iltizam. Dia
begitu bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat juga.
-
Hormat kepada orang tua : Hadi sangat menghormati orang tua. Dia tidak
meninggikan suara ketika bercakap dengan orang tua.
-
Mengakui kesalahan : Pak Salleh segera meminta maaf kepada Cikgu Murad apabila
menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah.
-
Pemaaf atau tidak berdendam. Walaupun Pak Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai
ketua penjenayah, Cikgu Murad tetap bersedia memaafkan Pak Salleh apabila Pak
Salleh meminta maaf kepadanya.
-
Gigih. Pak Salleh begitu gigih membuka kawasan hutan untuk dijadikan tapak rumah
dan kebun ketika baru sampai di Kampung Dataran