|
|
zan curiga
Zeitgeist semangat zaman. Setulen-tulen hasil karya seseorang pengarang masih tetap menampakkan pengaruh tertentu zamannya. Penulisan pengarang itu tidak mungkin asli sepenuhnya kerana terpengaruh oleh zaman di mana dia hidup.
zeugma (zeugma ) pengucapan (ayat atau baris) yang sempurna, kata kerjanya berdiri untuk dua objek tetapi sebenarnya betul untuk satu objek sahaja. Contohnya dalam drama "Matinya Seorang Pahlawan" karya Usman Awang, watak Dang Wangi ada menyebut ucapan "menjunjung titah dan hajat". Sepatutnya bagi menepati makna bahasa, cukuplah dengan menyebut "menjunjung titah" sahaja. Untuk "hajat" sering disebut "menunaikan hajat".
zikir ucapan-ucapan atau bacaan yang dapat mendorong manusia mengingati Allah Taala dan nikmat-nikmat kurniaan-Nya seperti tahlil (Lailaha illallah), tasbih (Subhanallah), tahmid (alhamdulillah), istighfar (astaghfirullah) dan takbir (Allahu akbar). Kegiatan membaca al-Quran, membaca Hadis, dan menghadiri kelas-kelas pengajian agama, dan usrah dikatakan zikir juga.
zulfakar nama pedang Baginda Saidina Ali yang banyak terdapat dalam hikayat-hikayat lama.
zulmat gelap kerana ribut taufan. |Atas |
|
|