|
|
wa'at / wa'ad berjanji
waadat perjanjian
wacana keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis dan merupakan unit bahasa melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, dan sebagainya yang melihat kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.
waham sangkaan atau alasan yang samar-samar; was-was
wahana saluran atau perantaraan (memungkinkan sesuatu dilakukan; disampaikan; dicapai)
walang bersedih hati, dukacita, gelisah, khuatir
warita cerita; berita; perkhabaran
warta berita; khabar atau perkhabaran
watak watak ialah manusia atau pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita yang berbentuk pengisahan atau drama yang berbentuk dialog. Watak menjadikan sesebuah cerita hidup, berkembang dan menarik untuk diikuti bagi mengetahui aksi positif dan negatif yang dilakonkannya.
bersambung...
|
|