|
|
Veda (Veda ) kitab agung (sastera) orang India yang ditulis dalam bahasa Sanskrit.
versi (version ) variasi atau kelainan dalam suatu bentuk cerita; cerita yang sama yang diperturunkan dalam bentuk yang berbagai-bagai. Sebagai contoh, dalam babak pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat, banyak versi ceritanya. Ada hikayat yang mengatakan bahawa Hang Tuah bertikam dengan Hang Kasturi dan ada hikayat yang mengatakan bahawa Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Dalam semua versi ini, Hang Tuah berada di pihak yang menang.
visual (visual ) bentuk luaran sesebuah karya sastera seperti puisi yang dapat dikesan melalui penglihatan seperti jumlah baris, suku kata, jumlah perkataan dalam baris, dan susunan rima dalam baris-baris.
vokal (vokal ) bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa geseran. Vokal bererti silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. Sebagai contoh: (a), (i), (u).
veteran orang (lama) yang telah banyak pengalaman.
| Atas | |
|