Prakata                            

Laman Utama

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Melayu

 

takdirullah

sesuatu yang ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan daripada Allah, qadak

|kembali : gaya bahasa |

 

talibun

Pantun yang mengandungi enam kerat atau lebih dalam serangkap. Talibun boleh menjadi lapan, sepuluh, dua belas atau empat belas baris dalam satu-satu rangkap. Ciri-cirinya seperti pantun biasa.

 

tambo

Kisah sejarah dari Minangkabau yang bercampur-aduk dengan dongeng dan unsur tokok tambah untuk menyedapkan cerita.

 

tamsil

Persamaan sebagai umpama (misal)

 

tandil

Ketua kelasi kapal, pembantu serang.

 

tautologi (tautology)

Perulangan kata yang tidak perlu kerana perulangan itu tidak mengukuhkan atau memantapkan makna yang ingin disampaikan.

 

teater (theatre)

Seni mengenai drama yang melibatkan aspek pementasan dan penyampaian secara dialog dan aksi watak. Teater mengandungi unsur-unsur pelukisan watak yang perlu dipersembahkan di pentas untuk disaksikan oleh penonton. Teater terbahagi kepada teater moden dan teater tradisional.

 

bersambung...