|
|
sadap Mengeluarkan air daripada pokok dengan menoreh bahagian-bahagian tertentu
sahaya hamba
sahibul hikayat Yang empunya cerita
sajak (poem) Puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
salasilah (stemma codicum) Susur galur keturunan. Sebagai istilah kesusasteraan Melayu Klasik, maksudnya ialah jurai perhubungan antara berlainan versi bagi satu tajuk manuskrip.
sampiran Pembayang maksud bagi pantun.
santap Makan (kata yang digunakan untuk mempersilakan atau mengatakan raja makan atau minum)
sarkasme (sarcasm) Gaya bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa yang menggunakan unsur sinisme. Gaya bahasa ini digunakan untuk memarahi seseorang dengan kata-kata yang kasar. Selalunya kata ini terungkap pada saat darah sedang naik atau mendidih.
sarwa Sekalian; seluruh
saspens (suspense) Unsur ketegangan yang menerbitkan rasa ingin tahu tertunggu-tunggu dalam sesuatu hasil sastera. Unsur ini dimanfaatkan dalam plot.
satira (satire) Karya sastera yang mengandungi sindiran terhadap golongan-golongan tertentu.
sayembara (competition) Istilah lain yang digunakan untuk menggantikan peraduan mengarang mana-mana genre kesusasteraan.
sebermula Pembuka kata untuk sesuatu kisah dan lain-lain.
sedondon sama warna atau corak
segara lautan
sekali persetua Pada suatu ketika
sekoci Sejenis perahu; kapal kecil (yang menggunakan layar) gaya Eropah.
seligi Sejenis senjata seperti lembing yang diperbuat daripada ruyung, buluh dan lain-lain yang ditajamkan.
seloka Puisi ini merupakan sejenis puisi bebas, tidak tetap rangkapnya, tidak tetap jumlah baris serangkap, tidak tetap jumlah kata sebaris, dan sama ada berima atau tidak. Isinya membawa maksud sindiran, ejekan, bergurau senda atau berjenaka.
semantik (semantics) Bidang linguistik yang mengkaji perihal makna dalam sesebuah karya sastera atau bahasa; cabang ilmu kaji bahasa yang mengkaji perubahan dalam makna sesuatu kata.
semayam, bersemayam duduk; diam
semberani Kuda yang bersayap dan dapat terbang.
simile (simile) Kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan seperti umpama, bak, bagai, macam, laksana, penaka dan seumpamanya: Badannya kurus macam lidi; Matanya bercahaya ibarat bintang timur.
sigup rokok daun |kembali |
bersambung... |
|