|
|
ramu mengumpulkan; mengikat
randau buat rencah; mencampurkan sesuatu dengan benda-benda lain supaya lebih sedap atau lebih banyak.
ranggu Alat bunyi-bunyian seperti genderang.
rangkap (verse) Beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi.
ratna mutu manikam Berbagai-bagai intan permata.
rawan gundah-gulana; pilu
realisme (realism) Suatu aliran kesusasteraan yang mengemukakan isi dan persoalan yang memang terdapat di dalam kehidupan masyarakat.
realisme magis (magical realism) Percampuran realiti harian dengan imaginasi luar biasa yang diperoleh daripada budaya setempat. Contoh: novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad mengandungi unsur-unsur realisme magis.
realisme sosialis (socialist realisme) Aliran kesusasteraan ini memihak kepada sosialisme. Karya-karya penulis yang menganut aliran ini sentiasa memberikan kemenangan kepada golongan yang tertindas.
rebana Gendang yang hanya sebelah sahaja yang dipasang kulit.
redam Tidak jelas; kabur
resolusi (resolution) Peristiwa yang mengikuti klimaks dalam sesuatu plot.
responsie (responsie) Perulangan kata pada bahagian tengah ayat, baris atau bahagian ayat. Sebagai contoh: Hati keras bagai batu, Duka teriris bagai digilis.
retorik (rhetoric) Suatu bentuk gaya bahasa kiasan. Gaya retorik tidak biasa binaan bahasanya, tidak lurus dan tidak polos, tetapi berwarna-warni, berbunga-bunga dan sebagainya serta maknanya juga tidak lurus dan tidak langsung. Kelainan itu disengajakan untuk menimbulkan kesan atau efek tertentu seperti bersifat mengejek. Misalnya untuk mengindahkan bentuk, menghaluskan makna, menajamkan rasa dan sebagainya.
rima (rhyme) Skema bunyi pada baris-baris dalam rangkap-rangkap puisi. Pantun dan syair, misalnya mempunyai rima akhir yang telah ditetapkan iaitu a-b-a-b dan a-a-a-a.
ritma (rhythm) Irama (tingkah, ragam, atau rentak) sama ada perlahan, rancak dan seumpamanya pada muzik dan lain-lain.
roman Rupa; paras
roman (romance) Cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. Isinya tentang kejayaan-kejayaan besar, pemandangan-pemandangan indah, cerita yang penuh berahi, dan cerita khayal yang penuh angan-angan.
romantisisme (romanticism) Aliran kesusasteraan yang berpaksikan perasaan. Istilah ini juga bermaksud falsafah yang menganggap individu sebagai pusat segala kehidupan.
|
|