|
|
qit'ah Puisi ini berumbikan Arab-Parsi. Dalam bahasa Arab, qit'ah bermakna sepotong syair. Bentuknya ringkas, minimum dua baris tetapi tidak mencapai sepuluh baris. Puisi ini mula diperkenal dalam Kesusasteraan Melayu melalui Tajus-Salatin. Sebagai contoh: Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kulhu man'alaihi, iaitu, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua.
|
|