Prakata                            

Laman Utama

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Melayu

 

 

pantomim (pantomime )

Lakonan tanpa dialog. Para pelakon hanya menggunakan aksi dan mimik muka untuk menyampaikan maksud.

 

paradoks (paradox )

Gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat. Paradoks juga memperlihat satu keadaan atau suasana yang berlawanan.

Contoh:

Gajinya besar tetapi hidupnya melarat.

Rupa parasnya cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

 

peleraian (denouement  )

penyelesaian sesebuah cerita dalam karya-karya kesusasteraan.

| kembali : plot |

 

pemerian (explaination )

Penceritaan secara langsung.

 

pendekatan ekstrinsik (extrinsic approach )

Pembicaraan terhadap sesebuah karya kesusasteraan berdasarkan fakta-fakta di luar teks, iaitu sosiologi, politik, sejarah dan sebagainya.

 

pendekatan intrinsik (intrinsic approach )

Pembicaraan terhadap sesebuah karya kesusasteraan berdasarkan elemen-elemen yang ada di dalam teks seperti watak / perwatakan, plot, latar dan sebagainya.

 

penglipur lara

'Penyampai' atau 'tukang cerita' cerita-cerita lisan. Kadangkala dikenali juga sebagai Tuk Selampit atau Awang Batil.

 

peribahasa (proverb )

Peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah.

 

persoalan

Hal-hal yang dipersoalkan dalam sesebuah cereka untuk memantapkan tema. Sebagai contoh, ibadat dan tawakal menjadi persoalan yang menyokong tema keagamaan.

 

perwatakan (characterization )

Gambaran keseluruhan sifat watak yang ditonjolkan dalam sesebuah cereka, misalnya kelakuan, perasaan, cara berfikir dan sebagainya. Perwatakan memainkan peranan penting untuk menghidupkan cerita dan menjadi punca wujudnya konflik antara watak.

 

personifikasi (personification )

Personifikasi ialah unsur yang digunakan untuk memberi sifat manusia kepada binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda-benda mati yang lainnya. Misalnya, ombak dikatakan berkejaran, bulan dikatakan tersenyum, daun-daun dikatakan berbisik dan bercakaran dan sebagainya: Teriakannya berjalan pantas menemui penghuni-penghuni kampung itu; Malam masih berdegil, masih menyembunyikan sesuatu dariku; Rindu mencakar ingatan yang tidak bertepi.

|  kembali : gaya bahasa |

 

bersambung...