|
|
Nada (tone) Rasa hati penyair. Sebagai contoh, marah, tidak menyenangi sesuatu, sedih, rindu dan sayang. Jenis-jenis nada untuk rasa-rasa hati yang dinyatakan itu mengikut urutan ialah protes, sinis, melankolis, nostalgis dan romantis.
Nadim Sahabat karib; orang kepercayaan
Nahi Yang terlarang (oleh agama Islam)
Nakhoda Kapten kapal; ketua kapal; juragan
Nalih Ukuran banyak beras dan lain-lain yang jumlahlah 16 gantang atau 72.73 liter.
Nama pena (pen name) Nama lain yang digunakan oleh pengarang-pengarang tertentu. Sebagai contoh, Usman Awang menggunakan nama pena Tongkat Warrant dan Abdul Rahman Hanafiah menggunakan nama pena Mana Sikana.
Naratif (narrative) Kisah atau cerita tentang peristiwa, pengalaman dan sebagainya. Sebagai contoh, hikayat, cerpen, novel dan drama.
Narator (narrator) Orang yang menceritakan sesuatu; pencerita atau pengisah.
Narawastu / Narwastu Akar wangi atau serai wangi.
Nasab Keturunan
Natar Warna dasar (pada kain).
Nazam Sejenis puisi yang bersumberkan Kesusasteraan Arab.
Neoklasikisme (neoclassicism) Karya seni yang dihasilkan terkemudian (Zaman Pertengahan di Eropah) tetapi masih dipengaruhi oleh bentuk dan isi yang terdapat dalam karya seni zaman Greek dan Rom.
Ngeh hembus atau tiup
Ngeran Berasa marah; tidak senang hati; sugul
Nilai ekstrinsik (extrinsic value) Nilai luaran atau nilai di luar teks.
Nilai intrinsik (Intrinsic value) Nilai yang dikemukakan di dalam teks.
Nobat Bunyi-bunyian diraja yang mengandungi gendang, nobat, nafiri, nagara, serunai termasuklah seorang pemimpin.
Novel (novel) Karya kreatif berbentuk fiksyen moden yang relatif panjang. Di dalamnya ada unsur-unsur fiksyen seperti watak, plot, latar dan sebagainya. Bentuk konvensionalnya ada konflik, percubaan menyelesaikan konflik, puncak dan peleraian.
bersambung... |
|