|
|
mafhum / mafhumlah faham; mengerti
mahakarya (masterpiece ) karya agung yang unggul dan mengagumkan yang dihasilkan oleh pengarang yang mempunyai daya intelek dan daya kreativiti yang tinggi. Juga disebut adikarya.
majas / majaz penggunaan bahasa yang menghasilkan makna tertentu dan melampaui batas maknanya yang biasa atau menyimpang daripada erti lahirnya. Majas terbahagi kepada tiga jenis, iaitu majas perbandingan yang termasuk kiasan, metafora, analogi, dan personifikasi; majas pertentangan yang meliputi ironi, hiperbola dan litores; dan majas pertalian yang terdiri daripada metonimi, sinekdoke, alusi dan eufemisme.
makalah (article ) sejenis esei yang bukan bersifat peribadi dan lebih mengutamakan fakta.
makbud / ma'bud yang disembah
makrifat . ma'rifat pengetahuan yang tinggi
makyung sejenis drama tari (yang mempersembahkan cerita dengan tarian dan nyayian)
malaun / mal'un laknat; terkutuk
malikulmanan Tuhan yang Maha Pemurah dan Pengasih
malim a. guru agama; orang alim b. jurumudi
mamak sebutan/gelaran oleh raja kepada pembesar-pembesar negeri (menteri dll)
mambang sejenis hantu (yang bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya)
mangkat meninggal dunia, mati
mangkubumi bendahara; perdana menteri
metafora (metaphore ) Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat, atau disebut bahasa kiasan. Sesuatu objek diberikan sifat secara perbandingan atau secara kiasan. Sebagai contoh, kalau disebut 'api', semua orang akan memahaminya sebagai 'nyalaan panas yang membakar', dan apabila disebut 'mata' fahamlah orang bahawa kata itu merujuk kepada pancaindera di tubuh manusia yang digunakan untuk melihat. Metafora akan terbentuk apabila perkataan 'api' dan 'mata' disebut seperti yang berikut: di matanya ada api (Sajak 'Peladang' oleh Rejab F.I)
monolog (monologue ) Tutur kata atau pengucapan oleh seseorang watak, sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada pendengar atau pembacanya.
bersambung... |
|