|
|
jamang / jamangnya sejenis perhiasan daripada emas atau perak dan dipakai di dahi atau di kepala.
jargon bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu.
jauhar permata; intan:
jauhari bijaksana; arif:
jeda (pause) hentian suara sekejap dalam penuturan atau pengucapan puisi atau prosa untuk menandai batas hubungan bahagian-bahagian ayat.
jejuak / juak-juak biduanda atau hamba raja yang mengiringi raja atau membawa alat kebesaran.
jemah kelak, kemudian.
jendera lena atau nyenyak.
jentayu burung yang selalu berseru meminta hujan.
jong kapal layar Cina
jorong tempat sirih yang berbentuk bulat panjang.
judul (topic, title) sesuatu subjek atau perkara yang dibincangkan atau ditulis oleh seseorang.
juragan nakhoda.
jurubatu anak buah perahu yang tugasnya mengukur dalamnya laut.
jurubisik orang yang membantu para pelakon mengingati dialog ketika persembahan sesebuah drama sedang berjalan.
|Kamus |
|
|