|
|
imaginasi (imagination ) Daya khayal bersifat kreatif yang membolehkan seseorang pengarang mencipta karya sastera. Dengan panduan imaginasi dan realiti, seseorang penulis dapat menghasilkan karya yang menarik atau intelektual.
imbas kembali (flashback ) Peristiwa atau kejadian yang digambarkan semula melalui penceritaan semula seperti mimpi, kenangan, atau ingatan watak. Cerpen "Sesudah Perang" karya Anwar Ridhwan dalam antologi cerpen Suatu Subuh Yang Bening mengandungi unsur imbas kembali yang jelas.
imejan (imagery ) Himpunan imej dalam sesebuah hasil karya sastera atau sebagai satu unit yang timbul dalam karya. Imejan sama ertinya dengan bahasa kiasan.
intonasi (intonation ) Nada suara yang turun naik sewaktu mengucapkan ayat atau mendeklamasikan puisi.
ironi (irony ) Sejenis bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna lain di sebaliknya. Gaya bahasa ini bertujuan menyindir orang yang dilawan berbicara. Ironi biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud literalnya.
bersambung... |
|