Prakata                            

Laman Utama

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Melayu

 

 

eksklamasi (exclamation)

Gaya bahasa yang menggunakan kata seru untuk tujuan penegasan maksud: Engkau yang mengambilnya, kaukata bukan kau !

 

eksplisit (explicit)

Maksud yang terkandung dengan jelas dalam sesebuah karya. Ertinya, maksudnya terang, jelas, tegas dan positif seperti yang ditampilkan dalam karya yang dapat difahami dengan sekali imbas atau sekali lalu.

 

exposisi (exposition)

Bahagian permulaan atau pengenalan dalam urutan plot sesebuah cereka atau karya sastera.

 

ekspresi (expression)

Pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya) dengan kata-kata.

 

ekspresionisme (expressionism)

Aliran yang menyatakan bahawa karya-karya  pengarang menjadi alat pengucapan peribadi, wadah curahan perasaan dan fikiran yang berasal dari dalam diri mereka.

 

ekstravaganza ( extravaganza)

Karya bersifat muzikal atau dramatisasi yang memiliki tema ringan, pementasan mewah, pakaian berlebihan dan nyanyian yang tidak teratur iramanya.

 

ekstrinsik (extrinsic)

Unsur-unsur luaran yang membangunkan sesebuah karya seperti pengarang, masyarakat dan zaman yang melahirkan karya.

 

elegi (elegy)

Puisi yang menggambarkan kedukaan yang amat sangat, seperti ratapan dan gambaran rasa sedih seperti pilu yang berlebihan. Sebagai contoh, ratapan terhadap kematian pemimpin yang dikasihi.

 

elipsis (ellipsis)

Sejenis gaya bahasa yang menghilangkan sebahagian daripada kalimat supaya penegasan dapat dilakukan pada kata-kata yang tinggal. Biasanya kata-kata yang tinggal itu ialah kata-kata yang penting sahaja.

 

empati (empathy)

Keterlibatan perasaan pembaca terhadap apa-apa yang telah berlaku dan juga kemampuannya menghayati fikiran dan perasaan orang lain.

 

endoi

Nyanyian puisi tradisional untuk kanak-kanak yang baru lahir dan dinyanyikan beramai-ramai.

 

enjambement (enjambment / enjambement)

Gaya pengucapan yang mematahkan baris dan disambungkan ke baris bawahnya. Puisi yang menggunakan gaya ini tidak difahami jika mengikut baris yang tidak lengkap.

 

epifora (epistrophe)

Perulangan perkataan di akhir baris.

 

epigram (epigram)

Puisi berbentuk nasihat dengan kata-kata yang ringkas, bernas tetapi mempunyai maksud yang cukup halus dan bermakna.

 

epik (epic)

Sejenis puisi atau prosa panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh-tokoh yang menjadi keagungan sesuatu bangsa. Sebagai contoh, Hikayat Hang Tuah.

 

epilog (epilogue)

Kata-kata penutup pada akhir persembahan lisan atau drama. Biasanya mengandungi komen atau kesimpulan tentang karya berkenaan.

 

episod (episode)

Satu bahagian daripada cerita panjang yang mengandung beberapa peristiwa atau persoalan. Dalam drama, episod dapat berdiri sebagai sebuah cerita.

 

episodik (episodic)

Karya sastera yang terbina daripada cerita, kejadian, peristiwa yang ada kaitan dengan tema tetapi longgar jalinannya.

 

esei (essay)

Karangan berbentuk prosa yang tidak panjang, mengupas sesuatu tajuk dan berusaha mendorong pembaca menerima pandangan yang dipaparkan.

 

eskapisme (escapism)

Kecenderungan untuk melarikan diri dari dunia realiti dan tertumpu pada sesuatu yang berbentuk hiburan, khayalan atau fantasi.

 

estetika (esthetic)

Ilmu tentang keindahan sesebuah ciptaan dalam karya sastera. Bidang ini menekankan konsep-konsep yang dianggap indah.

 

etika (ethics)

Ilmu dan prinsip akhlak atau moral.

 

etiologi (ethiology)

Kisah singkat yang berbentuk prosa atau puisi yang dikemukakan untuk menceritakan asal usul nama, nama tempat atau nama orang.

 

eufemisme (euphemism)

Ungkapan yang lebih halus dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. Eufemisme disebut juga sebagai ucapan atau ungkapan lembut.

 

bersambung...