|
|
dalang Orang yang bertanggungjawab dalam persembahan wayang kulit sebagai pengarah, pencerita, penyanyi dan penggerak patung wayang kulit.
deklamasi (declamation ) Pembacaan puisi dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, deklamasi sajak.
deksologi (dexology ) Kata permulaan sesuatu hasil karya klasik.
denotasi (denotation ) Pemerian makna yang selapis dan mudah difahami. Denotasi bebas daripada makna yang berlapis dan tiada makna yang kedua atau sebaliknya.
deskripsi (description ) Gambaran yang begitu mendalam supaya pembaca melihat, mendengar, merasa atau menghidu dengan berkesan sekurang-kurangnya melalui imaginasi.
destar Tengkolok; tanjak
deus ex machina Penyelesaian cerita secara paksa atas dasar takdir. Kaedah ini digunakan sebagai jalan keluar bagi sesuatu masalah sulit yang sukar diatasi.
dialog (dialogue ) Pertuturan antara watak-watak yang terpapar dalam fikiran atau pendapat dan persoalan dalam karya.
dialek (dialect ) Loghat atau pelat daerah.
didaktik (didactic ) Bermaksud mengajar atau mendidik.
didaktisisme (didacticism ) Unsur-unsur pengajaran dalam karya sastera.
diksi (diction ) Pilihan kata yang disesuaikan dengan makna-makna dan dapat meningkatkan keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan.
dirgahayu Mudah-mudahan lanjut usia.
disertasi (dissertation ) Tulisan ilmiah daripada penyelidikan yang mendalam dan dibimbing oleh penyelia. Hasilnya mesti dipertahankan dalam ujian untuk mendapatkan anugerah. Sebagai contoh, ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
bersambung... |
|