|
|
cereka (fiction) Cerita rekaan yang berbentuk puisi dan prosa. Cereka disebut juga fiksyen.
cerita asal usul Sejenis cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia, misalnya cerita sebab-sebab ular sawa hilang bisanya.
cerita berbingkai (frame story) Cerita yang disisipkan dengan cerita lain dan dikenal juga sebagai cerita dalam cerita. Sebagai contoh, Hikayat Bayan Budiman.
cerita binatang (animal story) Cerita yang tokoh utamanya terdiri daripada binatang yang dapat berbicara seperti manusia dan cerita ini menekankan unsur-unsur pengajaran. Sebagai contoh, Hikayat Pelanduk Jenaka.
cerpen (short story) Suatu bentuk cerita pendek yang membawa persoalan tertentu yang indah. Cerpen memusatkan pada satu watak dalam satu situasi di suatu tempat dan ketika.
cindai Sejenis kain sutera yang berbunga-bunga.
citra (image) Gambar, lukisan, arca, gambaran, atau imej peribadi seseorang atau pelbagai aspek sastera, seperti tema dan plot yang dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu.
cura, bercura Dengan sungguh-sungguh; melakukan sesuatu dengan betul-betul.
bersambung...
|
|