Prakata                            

Laman Utama

Biodata Pengarang

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & Perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik

Nilai

Pengajaran

Kamus Sastera Melayu

Terjemahan Bebas Puisi Melayu

KAMUS SASTERA MELAYU

Istilah-istilah ini disusun mengikut abjad dan menekankan dua aspek. Pertama, penjelasan tentang maksud dasar sesuatu istilah. Ada pula di antara istilah berkenaan yang mempunyai lebih daripada satu makna dasar. Keduanya, contoh kepada pemakaian istilah-istilah tersebut. Contoh yang dikemukakan kebanyakannya diambil daripada yang biasa terdapat dalam kesusasteraan Melayu. di samping contoh daripada kesusasteraan asing, terutamanya Barat, supaya jelas maksud penggunaannya.

Istilah yang dikemukakan di sini adalah terhad dan  kebanyakannya tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan satu dan dua.

 

abstrak (abstract )

1. ringkasan sesebuah karya sastera atau sesuatu yang berlawanan dengan konkrit, iaitu sesuatu yang difahami konsepnya tetapi bukan benda yang dapat dilihat;

2. sesebuah karya sastera yang sukar difahami.

 

absurd (absurd )

maknanya yang biasa ialah mustahil, aneh, tidak munasabah, tidak masuk akal, atau yang bukan-bukan. Sebagai contoh, novel Sampah karya Shahnon Ahmad adalah karya absurd.

 

adaptasi (adaptation )

1. Pengolahan semula sesebuah karya sastera daripada suatu jenis kepada suatu jenis lain dengan mengekalkan peristiwa, watak dan nada asalnya;

2. Pengolahan semula sesebuah karya sastera ke dalam bahasa lain dengan menyesuaikannya dengan unsur-unsur setempat.

 

adegan (scene )

1. Tempat berlakunya sesuatu peristiwa atau bahagian daripada babak dalam sesebuah drama;

2. Sesuatu bahagian daripada lakonan dalam drama.

 

adipati

Ketua yang memerintah sesuatu daerah.

 

adu, beradu

Tidur

 

aforisme (aphorism )

Ungkapan yang ringkas dan padat tentang sesuatu sikap hidup. Biasanya ungkapan ini terdapat dalam bentuk bidalan atau pepatah. Ungkapan biar mati anak, jangan mati adat adalah contoh aforisme.

 

afwah

Tuah atau orang yang lebih membawa keramat.

 

 

bersambung...