BIODATA PENGARANG

Mohd Ghazali Tocheh

MOHD GHAZALI TOCHEH

  • Dilahirkan pada 7 jun 1949 di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Pilin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chembong, Rembau.

  • Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa di Kementerian Pertanian dan kemudian berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) di Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia.

  • Pernah mengikuti latihan di Pusat Latihan Gurney pada tahun 1972 kerana mengalami kecacatan penglihatan yang tidak dapat diubati.

  • Aktif dalam bidang penulisan novel, cerpen, skrip drama radio, televisyen dan pentas.

  • Antara skrip drama yang dihasilkannya termasuklah Amar Majiha, Bayangan Ajal, Indahnya Dunia Hatimu, Pembalasan, Gunung Payung, Cahaya Kasih dan Dua Kali Lima.

  • Utusan Malam adalah skrip dramanya yang pernah dipentaskan pada tahun 1992 di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC)

[Menu Utama]