|
|
PENDAHULUAN
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah diberikan ilham membina courseware ini setakat yang termampu. Walaupun tanpa pendidikan khusus dalam pembinaan bahan seumpama ini, saya cuba juga membangunkannya hanya berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat sebelum dan semasa courseware ini dibina. Sungguhpun tidaklah sebagus mana, namun bagi diri saya, ini adalah penghasilan yang telus bukan berdasarkan kemahiran tetapi bersandarkan kesungguhan. Semoga bagi yang berkesudian dan merasakan courseware ini boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran saya mengucapkan ribuan terima kasih dan keberkesanannya dapat dirasai. Terima kasih yang teramat sangat buat isteri saya Noor Anita Binti Awang yang banyak memberikan sumbangan idea disamping menaikkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini.
Courseware ini dibina berdasarkan buku teks KBSR mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 untuk sekolah rendah. Walau bagaimanapun, courseware ini hanya berkisar dalam topik awal mata pelajara Kemahiran Hidup Tahun 4 iaitu Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia dan tajuk-tajuk kecil di bawahnya.
Jika terdapat kekeliruan atau kelemahan dalam courseware ini, saya memohon maaf dan saya sedar bahawa itu adalah kekhilafan saya. Saya amat mengalu-alukan individu yang sudi memberikan pendapat, pandangan dan mahu berkongsi pengalaman dengan saya.
JUTAAN UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA
|
|