FORMAT BUKU CATATAN PERTAMA,
LEJAR, BUKU TUNAI DAN IMBANGAN DUGA
Ketepatan Memastikan
Jawapan Pelajar Disemak
Untuk memastikan jawapan pelajar disemak kesemuanya, adalah sangat penting pelajar-pelajar mematuhi semua format yang tertera di muka surat ini. Semua panduan di atas diguna paka bukan hanya di peringkat SPM tetapi juga diperingkat antarabangsa.
| 1. |
Format Jurnal Am mesti seperti di atas. Sesetengah pelajar kerap membuat kesilapandi bahagian ini iaitu terlupa menulis perkataan Debit dan Kredit di dua lajur terakhir |
| 2. |
Format Jurnal Khas seperti Jurnal
Jualan seperti di atas, ada dua format yang diterima pakai dalam SPM.
Format pertama (putih) amat serasi dengan guru-guru lama manakala format
kedua (warna krim), menepati sukatan semakan Prinsip Perakaunan sejak
2003. Mana-mana format boleh digunakan oleh guru dan pelajar selagi
mereka berpuas hati. Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa format kedua
memerlukan pelajar mematuhi tajuk lajur dengan tepat. No. Invois/Nota
Debit adalah tepat manakala No. Invois sahaja kurang tepat. |
| 3. |
![]() atau ![]()
Format
Jurnal Khas seperti Jurnal Pulangan Jualan seperti di atas, ada dua
format yang diterima pakai dalam SPM. Format pertama (putih) amat serasi
dengan guru-guru lama manakala format kedua (warna krim), menepati
sukatan semakan Prinsip Perakaunan sejak 2003. Mana-mana format boleh
digunakan oleh guru dan pelajar selagi mereka berpuas hati. Namun
begitu, perlu ditegaskan bahawa format kedua memerlukan pelajar mematuhi
tajuk lajur dengan tepat. No. Nota Kredit, bukannya No.
Invois/Nota Debit. |
| 4. |
![]() atau ![]()
Format Lejar Am di atas mudah sahaja.
Terdapat dua format yang boleh diguna pakai, dengan perbezaan yang kecil
iaitu format di atas (putih) menggunakan perkataan Debit dan Kredit
manakala format di bawah (krim) menggunakan perkataan Amaun di kedua-dua
belah. |
| 5. |
![]() Mengikut buku teks semakan baru (2003), hanya Buku Tunai 3 lajur yang diajar kepada pelajar. Pelajar mesti hati-hati bahawa Diskaun Diberi disebelah debit dan diskaun diterima di sebelah kredit. |
| 6. |
Perhatikan Imbangan Duga seperti Jurnal am dan lejar (contoh 3) kecuali tiada lajur tarikh dan lajur folio. |