INVOIS
  • Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan.
  • Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya.
  • Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli.
  • Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.
  • Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
  • Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.
  • Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
    • Nama dan alamat penjual
    • Nama dan alamat pembeli
    • Tarikh invois disediakan
    • Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah
    • Syarat-syarat urus niaga seperti:
      • Ang. dib - Singkatan bagi angkutan dibayar bermakna kos pengangkutan dibiayai oleh penjual
      • Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran dibuat dengan cepat, contoh 5% 10 hari bermaksud 5% diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar dalam tempoh 10 hari.
      • K & K di K - Singkatan bagi kesilapan dan ketinggalan dikecualikan bermakna sebarang kesilapan dan ketinggalan boleh dibetulkan dengan menggunakan nota debit dan nota kredit.

<= Berikut ialah satu contoh invois.

Rujukan wikipedia (En) : http://en.wikipedia.org/wiki/Invoice