BAB 3 : DOKUMEN PERNIAGAAN
Soalan Objektif Set 1
Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling tepat.
Nyatakan jenis dokumen perniagaan yang digunakan untuk membuat catatan dalam Jurnal Jualan.
- Nota Kredit (asal)
- Nota kredit (salinan)
- Invois (salinan), Nota Debit (salinan)
- Invois (asal), Nota Debit (asal)
Satu senarai harga barang yang diminta oleh pembeli bersama-sama dengan syarat angkutan dan pembayaran merujuk kepada
- katalog
- sebut harga
- pesanan belian
- surat tanya
Raziman membawa masuk komputer peribadinya untuk kegunaan pejabat. Nyatakan dokumen yang sesuai digunakan untuk merekod urus niaga ini.
- Invois
- Baucar Pembayaran
- Nota debit
- Memo
Nota yang disediakan oleh penjual dan dikirimkan kepada pembeli untuk ditandatangani sebagai akuan penerimaan barang yang telah dihantar disebut
- nota serahan
- nota makluman
- nota kiriman
- nota debit
Nota debit digunakan apabila
| I |
jumlah dalam invois terlebih kira |
| II |
pembeli dikenakan bayaran tambahan apabila terdapat pertukaran barang |
| III |
faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli |
| IV |
catatan tertinggal dalam invois |
- I, II, dan III
- I, II, dan IV
- I, III, dan IV
- II, III, dan IV
Penjual menyimpan salinan pendua nota kredit dan merekodkannya dalam
- Jurnal Jualan
- Jurnal Belian
- Jurnal Pulangan Jualan
- Jurnal Pulangan Belian
Apakah tujuan diskaun tunai diberi kepada pembeli?
- Menarik lebih ramai pembeli
- Mengelakkan hutang lapuk
- Menggalakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak
- Menggalakkan pembeli membayar segera
Butir dalam memo pejabat bagi ambilan yang tidak melibatkan tunai akan direkodkan dalam
- Jurnal Am
- Jurnal Belian
- Jurnal Jualan
- Buku Tunai Runcit
Antara berikut, pasangan yang manakah betul?
| |
Nota Debit |
Nota Kredit |
| A.
|
Dikeluarkan oleh
penjual kepada pembeli |
Dikeluarkan oleh pembeli kepada
penjual |
| B.
|
Pembeli dikenakan
bayaran tambahan |
Pembeli diberi diskaun, elaun atau
komisen |
| C.
|
Terdapat pulangan
barang yang salah atau rosak |
Faedah dikenakan terhadap bayaran
lewat oleh pembeli |
| D.
|
Jumlah dalam invois
terlebih kira |
Jumlah dalam invois terkurang kira |
Nota Kredit yang dikeluarkan oleh Pembekal Beras Yuliman kepada Kedai Runcit Pasti akan dimasukkan ke dalam
- Jurnal Pulangan Jualan Kedai Runcit Pasti
- Jurnal Pulangan Belian Kedai Runcit Pasti
- Jurnal Am Kedai Runcit Pasti
- Jurnal Jualan Kedai Runcit Pasti