BAB 1 : PENGENALAN

NOTA RINGKAS

 

Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

Simpan kira Perakaunan
Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan Perakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya
Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan bergu Perakaunan meliputi kerja merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisis
Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan Ia merangkumi bidang yang lebih luas
Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin Kerja perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional

 

Perbezaan antara organisasi perniagaan di Malaysia.

Bil. Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad
1 Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja Dimiliki oleh dua hingga dua puluh orang pekongsi Dimilik oleh ramai pemilik syer
2 Modal sedikit Modal sederhana Modal banyak
3 Perniagaan mudah ditubuhkan Pembentukan agak mudah. Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 Penubuhan adalah rumit. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
4 Dikawal dan diuruskan oleh seorang pemilik Diuruskan oleh beberapa pekongsi aktif Pengurusan dilaksanakan oleh lembaga pengarah
5 Liabiliti tidak terhad Liabiliti tidak terhad Liabiliti terhad kepada nilai syer
6 Pemilik mendapat semua untung Keuntungan dikongsi antara pekongsi mengikut perjanjian Keuntungan dibahagi kepada pemegang syer dalam bentuk dividen
7 Kos pengendalian rendah Kos pengendalian sederhana Kos pengendalian tinggi
8 Contoh: kedai runcit, klinik, bengkel kereta Contoh: Restoran, Pasar raya, firma guaman, firma akauntan Contoh: kebanyakan perusahaan besar seperti Sime Darby Berhad

 

Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas:

Bil. Konsep/Prinsip Keterangan Rujukan Langsung dari wikipedia
1 Entiti berasingan Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan.  
2 Badan berterusan Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. going concern
3 Wang sebagai ukuran Hanya item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun.  
4 Kos sejarah Urus niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa boleh berubah. historical cost
5 Tempoh perakaunan Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap.  
6 Konsep pemadanan Semua hasil mesti dipadanka dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan. Matching Principles
7 Prinsip catatan bergu Setiap urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama. Double-entry
8 Ketekalan Item perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada setiap tempoh perakaunan.  
9 Materialiti Item perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan kewangan. Materiality

Rujukan lain dari internet (BM): wikipedia

 

Kitaran Perakaunan

Maklumat dari Internet:

Wikipedia (BM) :  Apa itu Perakaunan? - http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakaunan