Sejarah Lokasi Sekolah Lagu Sekolah Logo Sekolah Pemandangan 
Balik ke Muka Utama 

SEJARAH  SEKOLAH

Sebelum Perang Dunia Ke-2
Selepas Perang Dunia Ke-2
1946 - 1960
1961 - 1970
1971 - 1984
1985 - 1993
1994 - 1995
1996 - 1998


Sebelum Perang Dunia Ke-2

Nama asal sekolah ini sebenarnya ialah Sekolah Rendah Wang Nam dan ditubuhkan pada tahun 1938. Pada waktu itu bangunan sekolah diperbuat daripada buluh (bamboo) dan beratapkan daun nipah. Tapak bangunan sekolah ini adalah dipinjamkan oleh Mendiang Wong Yen Pau.

Pada waktu yang sama, satu perbadanan Ahli Jawatankuasa (Pengelolah) sekolah telah ditubuhkan yang mana para anggotanya terdiri daripada Mendiang Wong Yen Pau, Mendiang Yong Sak Cheong, Mendiang Ho Yu Heng, Mendiang Lee Yu, Mendiang Yong Sak Choi, Mendiang Yong Ket, Mendiang Khong/Fung Khui dan lain-lain. Mendiang Lo Chee Cheong adalah Guru Besar yang pertama dengan hanya mempunyai seramai lebih kurang 20 orang pelajar. Segala perbelanjaan sekolah waktu itu semuanya ditanggung oleh Ahli Jawatankuasa (Pengelolah) sekolah.

Beberapa tahun kemudian bilangan pelajar semakin bertambah dan mendiang Shir Pau Hwa, Mendiang Yong Shui Chiang dan Mendiang Liew Chee Nyen adalah antara Guru-guru Besar yang pernah bertugas sehingga tahun 1942. Pada tahun yagn sama juga sekolah ini terpaksa ditutup atas sebab penjajahan Jepun yang semakin buruk.
 

balik ke atas...

Selepas Perang Dunia Ke-2

Apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, pada bulan Ogos 1945, ramai orang-orang Cina berhijrah ke kawasan Tamparuli untuk mencari rezeki masing-masing. Semasa itu terdapat ramai kanak-kanak yang tidak berpeluang bersekolah sewaktu penjajahan Jepun. Demi mengatasi masalah tersebut sekumpulan penduduk yang terdiri daripada Mendiang Chong Yin Kong, Mendiang Ho Yu Heng, Mendiang Yong Sak Cheong, En. Kong Piang Kuin, En. Chung En Yong, En. Yong Kon Yin dan lain-lain telah membuat perancangan semula mengenai pembangunan sekolah dan tempatnya di sebuah bekas stor Jepun di Pekan Tamparuli. Serentak dari itu Sekolah Rendah Wang Nam ditukar kepada Sekolah Rendah Chung Hwa Tamparuli dan En. Kong Piang Kuin dilantik sebagai Guru Besar pada masa tersebut.
balik ke atas...

1946 - 1960

Selepas beberapa tahun kemudian, bilangan pelajar semakin bertambah sehingga menjangkaui angka seratus ke atas dan Mendiang Soong Nai Meng, Mendiang Chong Chung Su, Mendiang Ho Chee Kau dan En. Stephen Yong adalah antara mereka yang turut memegang jawatan Guru Besar sekolah ini.

Apabila pelajar semakin bertambah maka timbul masalah kekurangan bilik darjah. Demi mengatasinya, pada tahun 1951, Mendiang Wong Wui Heng selaku pengerusi pengelolah sekolah mengadakan satu rancagan pungutan derma daripada orang ramai untuk memperbaiki, memperbesarkan bangunan sekolah dan juga mendirikan sebuah rumah guru.

Memandangkan keadaan bangunan sekolah terlalu usang dan banyak kerosakan, maka pihak Jabatan Pelajaran pada ketika itu telah mengarahkan pengelolah sekolah supaya membina sebuah sekolah yang baru dan lebih baik pada tahun 1956.

Bagi menjayakan rancangan ini satu perbadanan Ahli Jawatankuasa yang diketuai oleh En. Yong Koh Yin telah ditubuhkan dan ahli-ahlinya terdiri daripada Mendiang Yap Hoi Chow, En. Ho Yit Kee, Mendiang Yap Chiew Shui, Mendiang Foo Yung Chung, Mendiang Chong Teck Kong, Mendiang Lo Chee Cheong, Mendiang Chia Kiew, Mendiang Yong Ching Chan, En. Yong Tze Liam, En. Lim Seng Fui, En. Chin Choi Hap, Encik Wong Tun Shen dan En. Yong Yun Fook.

Ahli Jawatankuasa khas tersebut telah berusaha menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti seperti mengadakan satu pungutan derma secara besar-besaran. Di samping itu, permohonan telah diajukan kepada pihak kerajaan untuk diluluskan. Permohonan bagi pembinaan tapak baru sekolah telah diluluskan.

Apabila rancangan bangunan sekolah baru telah dilaksanakan, pada bulan January 1960, seorang wanita yang bernama Puan Teng Sin Hau turut memegang jawatan sebagai Guru Besar selama 4 tahun. Semasa Puan Teng menjadi Guru Besar, nama sekolah menjadi terkenal kerana pencapaian peperiksaan seratus peratus dalam peperiksaan peringkat Negeri North Borneo selama 3 tahun berturut-turut.

Kemudian diikuti oleh En, Chung Chee Peng dan Mendiang Chu Chung Hoi turut memegang jawatan Guru Besar. Mereka turut menyumbangkan khidmat demi kebaikan nama sekolah dan taraf pendidikan murid-murid turut dipertingkatkan.

balik ke atas...

1961 - 1970

balik ke atas...

1971 - 1984

Apabila En Tsen Kin Fung memegang jawatan sebagai Guru Besar dari tahun 1971 hingga tahun 1984, beliau telah berjaya menubuhkan satu kumpulan Pancaragam sekolah pada tahun 1983. Penubuhan pasukan Pancaragam sekolah itu bukan sahaja memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka bakat malah turut menyemaikan semangat kekitaan dan kehidupan berpasukan.
balik ke atas...

1985 - 1993

Pada tahun 1985, En. Lee Sin On memegang Jawatan sebagai Guru Besar. Beliau telah berusaha bersama dengan guru-guru  untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan dengan mengujudkan Pendidikan Televisyen dan Video. Pada tahun 1991, beliau turut berjaya membina sebuah bangunan dua tingkat - Pusat Sumber dan Bilik Pandang Dengar bagi tingkat bawah dan Bilik Guru dan Bilik Guru Besar pada tingkat atas. Dalam usaha menjayakan projek tersebut, beliau telah bertungkus lumus menganjurkan Jogathon, Pasaria dan pelbagai aktiviti lain untuk mendapatkan sumber kewangan.

Selepas En. Lee Sin On bersara pada 12 Mac 1992, Puan Yong Sui Sien mengganti tempat beliau sebagai Guru Besar pada 1 April 1992. Beliau turut bergiat dalam mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah dengan menganjurkan Kempen Derma Buku, Kempen Membaca, Pasaria dan Perayaan Ulangtahun ke-10 Pasukan Pancaragam Sekolah, Pengajaran Multimedia, mengujudkan bilik Komputer dan sebagainya. Pada tahun 1993, pasar ria sempena Perayaan Ulang Tahun ke-10 Penubuhan Pasukan Pancaragam Sekolah telah diadakan. Kutipan pasar ria tersebut telah membolehkan Pasukan Pancaragam Sekolah menambahkan peralatan muzik serta pakaian seragam yang baru. Pengerusi Pengurusan Lembaga Sekolah ketika itu, En. Shia Lien Ting turut menyumbangkan 8 buah trumpet.

balik ke atas...

1994 - 1995

Pada tahun 1994,pihak sekolah telah mendapat bantuan modal untuk menambahbaikan Pusat Sumber Sekolah. dan kelengkapan pejabat serta bilik guru.Pada tahun 1995,Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Encik Soong Kiat Siong juga berjaya membantu sekolah mendapatkan bantuan modal kerajaan untuk membaiki rumah guru dan gelanggang bola keranjang.YB Datuk Wilfred Bumburing juga menderma sebuah komputer kepada sekolah.
balik ke atas...

1996 - 1998

Pada tahun 1996,sekali lagi , di bawah pimpinan En.Shim Lien Ting,sekolah ini mendapat bantuan kewangan untuk membaiki pagar sekolah,meluaskan pintu pagar dan menambah lorong beratap.Di antara tahun 1996 hingga tahun 1998,sekolah ini juga menambahkan bekalan bahan bantu mengajar ,carta-carta,bahan bacaan dan bahan rujukan termasuk komputer dan menambahbaikkan kelengkapan sekolah.

Pada masa ini ,sekolah ini telah melaksanakan pendidikan komputer sejak tahun 1998. Pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah semakin meningkat dengan adanya kelengkapan dan kemudahan asas, termasuk juga sokongan ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini.Sekolah ini juga telah merancang untuk membina semula bangunan yang baru yang bertingkat tiga, terdiri daripada 18 buah bilik darjah. Semoga dengan kerjasama dan sokongan semua pihak, rasanya impian dan harapan sekolah ini mudah-mudahan tercapai.
 

balik ke atas...

 
 
 
 
Kembali ke Muka UTAMA