SEJARAH AWAL SEKOLAH SJK(C) CHUNG HWA KOTA KINABALU

 

SRJK Chung Hwa dibina pada tahun 1917. Pengasas sekolah ialah Oh Hou Teck. Sebelum ini, ia
merupakan sebuah sekolah swasta yang diuruskan oleh orang Hokkian dan bertempat di Bangunan
Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Jumlah murid pada masa itu hanya 30 orang sahaja.

Pada tahun 1918, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua telah membuat permohonan
kawasan pembinaan sekolah dengan kerajaan di Jalan Pantai Selatan. Selepas itu, barulah dibina
sebuah Bangunan Papan yang bertingkat tiga dan jumlah murid meningkat ke lebih kurang seratus
orang.

SENARAI GURU-GURU BESAR SEKOLAH CHUNG HWA

1946

Datuk Lim Hong Nge

1947-1949

Chang Sang Yung

1950-Jun 1952

Chin Ti Ching

Jun 1952-Dec 1956

Wang Chung Jin

Jan 1953-Jun 1953 

Chia Yick Teck

1957-1967

Yong Tze Fung

1958

Chia Hiap Jee

1959-1978

Chin Miaw Yin

1979-May 1990

Shim Vui Kong

May 1990-Aug 1996

Ni Min Fui

Aug 1996

Eng Thiam Leong

SEJARAH 90-AN SEKOLAH CHUNG HWA

Untuk mengatasi masalah kekurangan asas, Encik Nee mencadangkan kepada pihak Lembaga
Pengurus Sekolah  agar mengubah bina asrama guru kepada sebuah bangunan serba guna 4 tingkat.
Bangunan ini terdapat kantin, tandas murid, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik komputer,
klinik pergigian, bilik agama, bilik muzik, bilik tarian, bilik pancaragam, bilik orkestra cina, bilik
audio-visual, dan bilik mesyuarat. Cadangan tersebut telah diluluskan dan projek pembinaan
dijangka akan bermula pada bulan November.

Pada tanggal 11 Oktober, tender bagi projek pembinaan bangunan serba guna 4 tingkat diperolehi
oleh Syarikat Medarat Renovation S/B dengan harga minimum RM 1.68 juta. Pengarah Lembaga
Pengurus Sekolah Encik Chong Choon Kim dan Pengerusi PIBG Encik Lui Yen Sang mengetuai
dan merancang aktiviti pengumpulan modal bagi menjayakan projek itu.

Upacara meletakkan batu asas di bangunan serba guna 4 tingkat telah diadakan pada 16 Mei.
Pihak sekolah telah menjemput Y.B. Yong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah untuk merasmikan
upacara tersebut.

Keputusan UPSR pada 1997 amat membanggakan seramai 5 orang murid telah memperolehi
7A daripada 15 orang keseluruhannya di Negeri Sabah.

Pada tahun 1998, pihak sekolah telah menerima 440 orang murid Tahun 1. Jumlah murid
keseluruhannya 2500 orang.

Pada tanggal 1 April, pihak sekolah telah memulakan kelas komputer untuk semua murid.
Terdapat 55 buah komputer dalam bilik komputer yang serba lengkap.

Pada 18 Mei, Bangunan Serba Guna telah siap dibina. Pihak sekolah sekali lagi menjemput
Y.B. Yong Teck Lee untuk menjayakan upacara perasmian. Pihak sekolah juga telah mengadakan
pameran alat bantu mengajar pada hari tersebut. Terdapat lebih kurang 3000 orang yang menghadiri
upacara tersebut, termasuklah semua guru dan murid sekolah.

Oleh kerana bilangan murid semakin meningkat, oleh itu ruang untuk pelbagai aktiviti semakin
kurang. Pada tahun 1999, pihak Lembaga pengurus sekolah telah menerima cadangan pihak sekolah
, mengubahsuai ruang kosong pada bahagian belakang blok guru untuk dijadikan sebagai ruang
aktiviti. Oleh itu, aktiviti ko-kurikulum dapat dijalankan dengan lancar dan tanpa masalah.

Selain itu, pihak Lembaga pengurus sekolah dengan kerjasama PIBG sekolah juga telah
mengindahkan kawasan sekolah dan membina pagar konkrit untuk menjamin keselamatan guru-guru

dan murid-murid sekolah.

Pada Januari 2000, jumlah murid yang berdaftar adalah sebanyak 440 orang, ini menjadikan jumlah
keseluruhan murid dalam sekolah adalah 2496 orang.

Pada awal bulan Februari, Guru Besar, Encik Eng mencadangkan agar ruang kosong di atas bilik
guru besar dibina sebuah pusat sumber guru, bilik bacaan serta rehat untuk para guru.

Pada bulan Mei, wakil-wakil sekolah berjaya merebut johan dalam pertandingan kuiz kesihatan
peringkat negeri, lantaran itu, mereka diberi kepercayaan untuk mewakili negeri Sabah ke peringkat
kebangsaan. Rombongan ini diketuai oleh guru besar ke Trengganu dan berjaya mendapat tempat
kelima.

Pada 24 Mei, wakil-wakil sekolah menyertai pertandingan Piala Muhibbah dan Piala Perpaduan
peringkat daerah. Wakil-wakil sekolah kami berjaya mendapat johan dalam kedua-dua pertandingan ini.

Guru besar turut berbangga atas kejayaan murid-murid sekolah.

Lembaga Pengurus Sekolah | PIBG | Pencapaian


Menu Utama | Sejarah Sekolah | Lembaga Pengurus Sekolah | Pentadbiran Sekolah | PIBG | Pencapaian | Pemandangan Sekolah