Profil Sekolah
 

Utama

Ucapan Pengetua

Misi dan Visi
Sejarah
Program

Statistik
Galeri


Warga SMK SANZAC

 

Aktiviti & Pencapaian

 

Pertandingan Lanskap 
Anugerah SERASI 

Majlis Permuafakatan 

Sila klik di sini..>

 

KATA-KATA ALUAN DARI PENGETUA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah syukur kepada yang maha Esa kerana dengan izin-Nya laman web SMK SANZAC yang baru telah siap dan kini menjadi kenyataan. Melalui laman web ini, banyak informasi dan maklumat yang terkini tentang kemajuan SMK SANZAC dapat diketahui. Setelah hampir 62 tahun ditubuhkan, sudah sampai masanya SMK SANZAC digerakkan seiring dengan kecanggihan teknologi terkini agar dapat duduk sebaris dengan arus kemajuan negara khususnya dalam bidang pendidikan. Sesungguhnya dalam menongkah arus kemajuan era globalisasi kita tidak dapat lari dari mengejar masa yang begitu cepat berlalu, oleh itu untuk mengejar pelbagai kemajuan dan supaya kita tidak ketinggalan maka perlu ada sedikit pengorbanan dan pengertian yang tulus daripada warga SANZAC. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMK SANZAC yang berjaya menjulang nama SANZAC kepada kegemilangan. Ini dibuktikan dengan beberapa kejayaan yang diperolehi dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Fokus utama kita sekarang adalah menumpukan konsentrasi kita untuk kecemerlangan sahsiah dan akademik. Justeru saya menyeru semua warga SANZAC marilah kita bersama-sama memajukan sekolah kita pada bila-bila masa dan tidak kira di mana jua kita berada. Saya ingin menyeru kepada warga SANZAC jangan lagi menoleh ke belakang, pandanglah hadapanmu dengan pandangan yang lebih luas. Mudah-mudahan laman web ini menjadi wasilah pembangunan intelek dan spiritual seluruh warga SMK SANZAC khususnya pelajar. Layarilah laman web kami dan nikmatilah informasi terkini. Sekian wassallam.

 

 

Copyright reserved©2006 SMK SANZAC

sanzac04@yahoo.com