|
SEJARAH
PENUBUHAN
SMK SANZAC
Gabungan
bekas perajurit Australia dan New Zealand (Australia, New Zealand Army Corps)
atau lebih dikenali dengan singkatan ANZAC telah memohon sebidang tanah selu as
5 ekar daripada Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1969 untuk membina bangunan
sebagai tanda kenangan abadi hubungan erat antara rakyat Sabah dan anggota–anggota
tentera ANZAC yang menjadi rakan seperjuangan setia pada masa peperangan.
Permohonan ini diluluskan sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan mereka
kepada
Sabah
semasa Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1942-1945.
Dalam
tahun 1969, sebuah bangunan yang mempunyai tujuh buah bilik darjah didirikan di
tanah tersebut atas biayaan persatuan ANZAC dan seorang warga tempatan En. Francis
Xavier Loh. En. Francis Xavier Loh merupakan seorang usahawan tempatan yang
berjaya. Ketika kecil beliau merupakan antara anak tempatan yang rapat dengan
askar-askar Australia dan New Zealand yang ketika itu mempunyai markas di tapak
sekolah yang ada sekarang. En. Francis Xavier Loh bersama-sama askar-askar
Australia mengumpul dana untuk membina bangunan sekolah ini. Askar-askar
Australia tersebut mengumpul separuh dari kos dan En. Francis Xavier Loh
mengumpul separuh lagi dengan mengadakan antaranya menganjurkan persembahan
tarian singa. Sekolah ini pada asalnya dinamakan Anzac College (bangunan ini
ialah sebahagian daripada bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac sekarang)
dan dengan tujuan memberi peluang kepada anak-anak tempatan yang ingin memasuki
aliran Inggeris Rendah.

Bagaimanapun,
memandangkan perkembangan sekolah Menengah Aliran Kebangsaan kian pesat dan
mengalami beban penempatan, Kerajaan Negeri telah memohon kepada ANZAC supaya
sekolah tersebut digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar aliran kebangsaan
yang pada masa itu berjumlah 32
orang dan sedang menggunakan bangunan lama sekolah perdagangan (“Trade
School”) dengan memakai nama “Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu”.
Dengan adanya bangunan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelajaran cuba
merealisasikan hasrat untuk mendirikan sebuah Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan,
sejajar dengan hasrat Kerajaan Malaysia masa itu yang ingin menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah. Ekoran daripada penyerahan
bangunan ini kepada kerajaan negeri Sabah, maka huruf “S” kemudiannya telah
ditambah pada nama bangunan itu menjadikannya sebagai “SANZAC” (akronim
kepada Sabah, Australia, New Zealand Army Corps).
Sehingga akhir tahun 1970, selain bangunan 7
bilik, sekolah ini juga mempunyai 2
gelanggang badminton (terbuka) dan 3 unit garaj kereta. Sambil itu, jalan masuk
ke sekolah juga telah dibina. Tanggal 4 Jun 1971 menyaksikan bangunan 7 bilik
ini mengendalikan sekolah 2 sesi
dengan bilangan pelajar sejumlah 374 orang bagi kelas Tingkatan 1 hingga 3.
Tetapi pertambahan bilangan pelajar telah memaksa pihak sekolah menumpangkan
pelajar-pelajar 4 buah kelas Tingkatan 1 di SRK
Tanjung Aru. Pelajar-pelajar ini dididik oleh 30 orang guru yang terdiri
daripada anak tempatan Sabah, Semenanjung
Malaysia
,
Indonesia
dan Amerika Syarikat.
Dalam bulan Jun 1972 pihak Kerajaan Negeri menujukkan keperihatinan
apabila sekolah ini mendapat tambahan infrastruktur melalui pembinaan 3 blok
bangunan yang menyediakan kemudahan 8 bilik darjah, 3 makmal sains, 2 bilik
masakan dan jahitan, dewan makan, perpustakaan, kantin dan asrama yang boleh
menempatkan kira-kira 128 orang penghuni. Malangnya , infrastruktur yang
dijadualkan siap pada bulan Ogos, 1973 ini hanya dapat disiapkan pada tahun
1974. Sedangkan
bilangan pelajar terus bertambah dan tidak dapat ditampung oleh
infrastruktur sedia ada.
Setakat tahun 1973 sahaja, bilangan pelajar sekolah ini telah menjangkau
jumlah 680 orang. Tiga buah kelas tingkatan 4 juga mula dirintis. Pertambahan
bilangan pelajar tahun berikutnya membuatkan 15 bilik darjah masih tidak dapat
menampung bilangan pelajar yang ada. Oleh itu, sejumlah 10 buah kelas tingkatan
1 dan 2 terpaksa ditumpangkan di SRK Tanjung Aru.
Kumpulan sulung sekolah SANZAC telah
menduduki peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1971 dengan jumlah 77 orang calon. Selain itu,
tanggal 30 Mei 1974, turut menjadi tarikh keramat buat sekolah ini apabila
dikunjungi oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu iaitu Y.A.B. Tun Datu Mustapha
Bin Datu Harun untuk merasmikan sekolah ini. Bermula dari saat itu, sekolah
diberi nama S.M.K. Sanzac dan beroperasi sebagai sekolah harian biasa.
Sebagai tanda penghargaan terhadap kumpulan ANZAC yang telah berkhidmat
di Sabah serta kesudian mereka untuk menyumbangkan bangunan yang dibina dengan
biaya mereka sendiri ini, maka sebuah tugu telah dibina diperkarangan sekolah
ini. Tugu ini melambangkan betapa eratnya persahabatan
dan perpaduan diantara Tanah Kanggaru, Bumi Kiwi dan Negeri di Bawah Bayu
melalui 3 bendera yang terpahat pada bahagian atas menara ini. Malah, akronim
SANZAC sendiri mempunyai erti yang amat besar
sebagai satu lambang persahabatan dan perpaduan antara 3 negara, satu tanda
ingatan terhadap sumbangan besar perjuangan soldadu Australia dan New Zealand
dalam membantu mendaulatkan negeri ini. SMK Sanzac juga telah menubuhkan
Jawatankuasa Anzac yang terdiri dari kalangan guru dan pelajar untuk memastikan
ikatan dan hubungan erat antara Sekolah ini dan Anzac tidak akan terputus.
Kini
walaupun S.M.K. Sanzac masih mempunyai keluasan yang sama, tiada penambahan
bangunan, tetapi S.M.K. Sanzac telah menampakkan suatu perubahan ketara pada
wajahnya. Dengan perubahan pada pagar pintu masuk, kerja-kerja lanskap dan alam
sekitar yang intensif seperti pembinaan kolam serta taman-taman kecil, pembinaan
astaka mini di padang sekolah, makmal komputer, bilik pejabat yang baru,
pembesaran bilik guru dan Projek Kitar Semula Kumbahan Air
Toyota Eco-Youth, S.M.K. Sanzac mula menampakkan diri
sebagai salah sebuah sekolah yang indah. Kemudahan lain dinaik taraf dan
dilengkapi dengan peralatan baru agar S.M.K Sanzac lebih kondusif untuk
pengajaran & pembelajaran di
samping tempat bertugas yang ceria dan selesa.
Sehingga saat ini, Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC telah dapat berdiri
megah sebagai salah satu lambang
ilmu yang terunggul di Negeri Sabah.
|