|
Lawatan
Para Pelajar Dari Australia Jun 2006 Para
pelajar dari Australia telah melawat ke SMK SANZAC pada Jun
2006. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan di antara para pelajar Australia dan Malaysia
disamping memperingati jasa parajurit nagi kedua-dua negara.
Diharapkan agar hubungan pelajar diantara kedua-dua negara
iaitu Australia dan Malaysia dapat dieratkan dengan adanya SMK
SANZAC yang tercinta ini.


Lawatan
ANZAC 2006 Lawatan
ANZAC ke Borneo bagi tahun 2006 telah menjadikan SMK SANZAC
sebagai salah satu destinasi lawatan mereka ke Borneo. Lawatan
ini bertujuan untuk memperingati jasa-jasa yang ditaburkan
oleh mereka yang terlibat sehingga tertubuhnya SMK SANZAC pada
tahun 1969. Lawatan ANZAC pada kali ini lebih bermakna
disebabkan mereka telah memberikan bahan-bahan sejarah yang
berkaitan dengan penubuhan SMK SANZAC dengan kerjasama
beberapa buah negara iaitu Australia, New Zealand dan Malaysia
(Sabah).



Lawatan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke SMK SANZAC 2006 Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Ahamad Bin Sipon sempat berkunjung ke SMK SANZAC
bagi melawat dan melihat sendiri keindahan tandas yang
terdapat di sekolah ini. Walaupun lawatan beliau agak singkat,
namun persingahan ini amat bermakna bagi warga SMK SANZAC. Ini
kerana dengan kunjungan KPPM tersebut membuktikan yang
kemudahan tandas di sekolah ini telah mendapat perhatian
diperingkat kebangsaan.
Lawatan
Pengarah DBKK ke SMK SANZAC 2006 Pengarah
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah melawat SMK SANZAC pada
tahun ini. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan menjadikan
kemudahan tandas SMK SANZAC sebagai contoh tandas yang
tercantik dan selesa untuk digunakan. Pada kunjungan Pengarah
DBKK pada kali ini juga amat menguntungkan kerana warga SMK
SANZAC dipelawa untuk menjadi rakan bandaraya secara percuma.
Ini membuktikan bahawa SMK SANZAC dikenali kerana sikap
pembersih yang harus diteladani oleh warga Bandaraya Kota
Kinabalu.
Sesi Lawatan Pengambaran RTM 2006 Kunjungan
yang dilakukan oleh RTM ke SMK SANZAC adalah bertujuan untuk
membuat pengambaran tentang kebersihan tandas yang terdapat di
sekolah ini hasil penjagaan dan penggunaan secara berkhemah
oleh warga SMK SANZAC. Pengambaran tandas SMK SANZAC ini telah
disiarkan pada sesi Berita Perdana jam 8.00 malam untuk
tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa menjaga kebersihan
tandas merupakan satu kepentingan didalam menwujudkan warga
yang sihat demi memajukan diri, masyarakat dan negara yang
tercinta.

Kunjungan
Lawatan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak 2006 Lawatan
Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak ke SMK SANZAC merupakan satu
penghormatan yang diberikan kepada sekolah disebabkan ini
membuktikan sekolah ini menarik untuk dilawati. Selain itu, Kunjungan ini
juga dapat membantu Negeri Sarawak di dalam membuat rujukan
mengenai pengadilan SERASI yang akan diadakan di
sekolah-sekolah di negeri tersebut.
Sebarang idea dan komen adalah amat dialu-alukan.
sanzac04@yahoo.com
|