Profil Sekolah
 

Utama

Ucapan Pengetua

Misi dan Visi
Sejarah
Program

Statistik
Galeri


Warga SMK SANZAC

 

Aktiviti & Pencapaian

 

Pertandingan Lanskap 
Anugerah SERASI 

Majlis Permuafakatan 

Sila klik di sini.>

ANUGERAH & PENCAPAIAN

SMK SANZAC Johan Pertandingan Lanskap Peringkat Kebangsaan 2005   

SMK SANZAC telah menerima memenangi Anugerah Landskap Kebangsaan Tahun 2005 pada hari Landskap Negara Tahun 2006 yang telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Ong Ka Ting yang diadakan pada 4 Mac 2006.  

         

         

 

 

SMK SANZAC Menerima Anugerah SERASI Tahun 2005

SMK SANZAC telah menerima Anugerah SERASI Tahun 2006 yang telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.  

        

       

 

Majlis Permuafakatan SMK SANZAC 2006

Majlis permuafakatan merupakan majlis yang diadakan khas untuk ibu bapa dan guru. Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa serta guru.Justeru itu, ibu bapa boleh memberikan idea  yang  baik , soalan- soalan yang bernas serta padat bagi memeriahkan majlis permuafakatan SMK Sanzac 2006. Di samping itu, ibu bapa dapat beramah mesra bersama guru-guru dan pengetua SMK Sanzac.Ini akan menunjukkan betapa kasihnya guru terhadap anak muridnya untuk menjemput ibu bapa mereka datang ke sekolah.  

     

     

 Sambutan Hari Guru SMK SANZAC Tahun 2006

Sambutan hari guru telah diadakan pada 26 Mei 2006. Sambutan hari guru pada kali ini amat meriah dan dikelolakan oleh para pelajar tingkatan 6 untuk menghargai sumbangan guru-guru. Selamat hari guru buat semua.

     

     

Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK SANZAC 2006

Mesyuarat agung PIBG SMK SANZAC telah diadakan di dewan serbaguna SMK SANZAC bagi tahun 2006. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan arah tuju pencapaian para pelajar dan juga membincangkan perjalanan aktiviti sekolah agar segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar bagi tahun 2006 ini.

     

     

Sukan SMK SANZAC 2006

Kejohanan sukan sekolah bagi tahun 2006 telah dijalankan dengan jayanya.Pada tahun ini sebanyak empat rumah sukan menyertai temasya pada kali ini. Kejohanan pada kali ini adalah bertujuan untuk mencari wakil sekolah bagi kejohanan olahraga sekolah-sekolah peringkat gabungan Kota Kinabalu disamping melatih para pelajar menjadi insan yang kuat dari segi jasmani, moral, intelek dan emosi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang,  gemilang dan terbilang.

     

     

 

Copyright reserved©2006 SMK SANZAC

Sebarang idea dan komen adalah amat dialu-alukan. 

sanzac04@yahoo.com