SINOPSIS

 

Diantara tahun 1966 hingga 2009, iaitu dalam tempoh 43 tahun, SMK Sandakan telah ditadbir oleh 18 orang Pengetua.

Kini SMK Sandakan Bestari ditadbir oleh Pengetua  yang baru, Pn Hjh Rodiah Bt. Hj Ahmad Untong

  Pengetua SMK Sandakan

 

 
 
 
 
 
 

  SEKAPUR SIREH


Laman Web SMK Sandakan Bestari (SMKSB) adalah salah satu kaedah untuk memperkenalkan dan mendedahkan persekitaran sekolah kepada masyarakat, ibu bapa penjaga dan warga SMKSB sendiri. Ia juga dapat memupuk minat pelajar untuk memajukan diri dalam era Teknologi Maklumat dan menggalakkan pelajar melayari internet khususnya laman web berbentuk info maklumat bagi menambahkan pengetahuan. Ini selaras dengan matlamat negara yang mahukan masyarakat intelek dan mementingkan budaya ilmu dalam kehidupan.
       
Masyarakat masa kini telah menyedari ilmu bukan sahaja boleh diperolehi dengan hanya membaca buku. Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, masyarakat memerlukan penyampaian yang lebih ringkas, tepat dan tangkas. Oleh yang demikian, laman web ini dibina untuk memperkenalkan SMK Sandakan kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih padat dan menjimatkan masa. Laman web ini memaparkan pelbagai maklumat tentang sekolah sejarah penubuhan sekolah, perkembangan terkini tentang ko-kurikulum dan kurikulum, unit-unit yang terlibat dalam pentadbiran sekolah, program-program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah serta warga pendidik yang terlibat dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran pelajar.
   
Dengan adanya laman web ini, masyarakat akan dapat mengenali SMK Sandakan manakala pelajar sendiri akan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang sekolah mereka terutama tentang sekolah dalam aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal pelajar dan ko-kurikulum.disamping itu hubungan sekolah dengan komuniti turut diketengahkan dalam usaha membentuk jaringan kerja atau perkongsian pintar hingga ke peringkat global. Semua maklumat ini akan dapat membantu dalam perkembangan diri individu bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahukan masyarakat yang hamonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Ibu bapa dan masyarakat pula boleh mendapatkan maklumat tentang program yang dijalankan di sekolah seperti program Al-Bukhary, PANTAS, Program Bimbingan Ilmu dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka dapat memberikan pendapat dan kerjasama sepenuhnya kepada sekolah dalam mendidik pelajar ke arah kecemerlangan.

Di harap penghasilan laman web sekolah ini akan memberikan banyak manfaat kepada semua secara langsung atau tidak langsung.

Pn Hjh Rodiah Bt. Hj. Ahmad Untong
Pengetua SMK Sandakan Bestari

 

 

 

SMK Sandakan 2006.  Hakcipta Terpelihara.